Thursday, February 12, 2009

Revolution

Aku tergamam dan terase mahu melakukan sesuatu bila tengok kejayaan orang lain,terutamanya apabila mereka berjaye dalam sesuatu kajian mereka.Mereka tak mengaku kalah dan teruskan perjalanan hinggalah mereka berjaya.Aku tengok di siaran yang education pack tu,aku berasa bangga dan pada masa yang sama,cemburu melihat mereka melakukan sesuatu untuk dunia ni.

Mereka buat bende2 tu dengan harapan menjadi nombor 1 dalam dunie ni.Aku tak mahukan gelaran nombor 1 tu,cuma aku mahukan kepandaian merekadalam mengejar cite2 mereka.Kalau nak jadikan mereka sebagai contoh,aku yang masih tidak tahu ape yang aku harapkan dan impikan,jauh sekali ketinggalan di belakang mereka.Rasanya kami bukan juga di jalan yang sama.

Mungkin sudah tiba masanya aku cari jalan aku sendiri.Untuk cari ape yang aku mahu,bersama mereka di sekeliling,untuk mereka yang di sekeliling.Aku mahu hidup yang bermakna dan tidak akan memikirkan betapa sia2nya hidup yang aku telah jalani bila saat kematian datang nanti.

0 comments: