Monday, January 12, 2009

jalan-jalan di Bukit Bintang

assalamualaikum w.b.t.
hari ini bermula dengan aku mendirikan solat dan membalas message dia disaat aku mahu kembali tidur.
aku bangun semula pada pukul 9 kerana aku ada satu lagi pengembaraan dengan sahabatku,Ieqmal.
kami berjumpa di stesen LRT Pandan Indah dan meneruskan perjalanan kami ke sekolah untuk mengambil majalah INTELEK.khabarnya,tahun ni punye sangat cantik.tapi,indah khabar dari rupa.kelebihannya hanyalah ia lebih baik dari yang tahun lepas punye.ape-ape pon,kami bertemu dengan guru kelas,guru math dan beberapa orang guru yang kami kenali.begitu juge beberapa orang pelajar yang kami kenali.aku rase agak janggal melihat semuanya berpakaian sekolah dan kami tidak.ramai yang memandang Ieqmal sebab die nieh mamat hot time sekolah,so,tidak hairan lah.
Selepas itu,kami menunggu azrol di stesen LRT.agak lame juge lah.
Kami meneruskan perjalanan ke times square dengan maenaiki LRT dan berjalan kaki.
destinasi pertama kami,tempat membeli tiket wayang.agak hampa bila melihat cerite 'Yes Man' sudahpon ditayangkan dan merancang untuk menontonnya di Pavillion.
kemudian,kami ke Kenny Roger's untuk santapan tengah hari kami.Di situ,sahabat kami,mengambil order dan melayan kami.selepas makan,aku agak terkejut apbila melihat bil-nya.tak sangka la semahal itu harganya.tapi,dah makan,pandai-pandai lah bayar.
kami berjalan-jalan di situ,di Sungei Wang,dan BB Plaza.aku penat menunggu Ieqmal memilih baju.tidak mengapa lah aku menunggu,kerana aku mahu menonton 'Yes Man' walau ape pon terjadi.setelah itu,azrol balik sebab die dah tengok crite tuh.tinggallah aku & ieqmal.
Cerite ini agak menarik dah dinanti-nantikan aku,jadi aku menonton dengan penuh khusyuk.
Cerite yang menarik dan para pelakon yang agak hebat(love you,Zooey Deschanel) membuat aku berase berbaloi untuk menghabiskan duitku.
selepas itu,aku pulang seorang diri.sepanjang perjalananku,aku berdiam diri.ade juge saat bila aku memikirkan balik mase aku selalu balik dari sekolah dengan dia.waktu dan cuace pon lebih kurang same je.
Kalaulah aku boleh jalan dengan dia lagi sebelum hidup aku tamat.

3 comments:

Don Juan said...

ahahah tahu pun kau kenny rogers mahal gila. lain kali janganlah bazirkan duit makan kat situ. melainkan kau nak jumpa aku okaylah kot. ngehehe

spiralsphere said...

haha,tujuan ktorang datang time tu pon nak jumpe ko la...
rindu ko time tuh...
ngehehee

Don Juan said...

ahaha tapi sorrylah korang terpaksa menanggung beberapa ratusan(ceh) ringgit hanya kerana nak tengok muka aku walaupun aku tak dapat nak layan korang sangat.