Assalamualaikum.
Biarlah aku menjadi seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan yang tidak cukup kuat untuk diakui kuat.
Masih tidak tahu kata-kata hati sendiri.
Aku berharap perasaan itu sekuat dulu.
Perasaan yang cukup kuat untuk telusuri hidup ini.
Makin hari,aku makin lemah.
Dek kerana kepercayaan yang dibiarkan tidak terjaga.
Memerlukan masa untuk pulih hingga tahap yang boleh diharap.
Tapi,aku ada cara aku sendiri.
Cara yang aku fikir dapat membantuku.
Aku tak telusuri hidup ini keseorangan,tidak bersendiri dan bukan dunia ini tujuan aku hidup.
Biarlah aku buat sehabis baik untuk tujuan aku hidup ini.
2 comments:
*terlalu banyak untuk dilafazkan tapi tak terucap dengan kata-kata*
p/s: (Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu...)
bukan cinta biasa-afgan
Post a Comment